TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM


1. Menjadi ketua atau pengerusi panitia mata pelajaran dengan mengadakan mesyuarat 2 bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan "ad-hoc" di mana perlu.
2. Membantu GPK menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.
3. Membantu GPK memperolehi sukatan pelajaran yang kemaskini untuk kegunaan guru-guru.
4. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua- dua semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran darjah.
5. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.
6. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru.
7. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan pemeriksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-soalan bagi semua aliran darjah.
8. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran atau pembelajaran.
9. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah.
10. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK.
11. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat dan rekod-rekod yang berkaitan.
12. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Monday, February 27, 2017

MINGGU BAHASA MELAYU 2017

PROGRAM : MINGGU BAHASA MELAYU 2017
TARIKH : 6 - 24 FEBRUARI 2017
TEMPAT : DEWAN SK LEFTENAN ADNAN
ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU